CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 25 Jun 2011

Afterschool

Jumaat, 24 Jun 2011

Mid term

Actually mid year exam aku dah habis sebelum cuti pun.Tapi baru dua hari lepas aku dapat results yang sepenuhnya.Ok hari tu cikgu nazihah masuk kelas aku time sejarah dan dia suruh budak kelas 5SB1 check markah kami.Aku tengok semua orang excited gila nak tengok benda tu.Cikgu norlia yang nak kitaorang focus pada presentation yang dibuat oleh aqila and the gang terus ambik kertas tu.Apalagi kami memprotes habis-habisan tetapi buat cikgu norlia ia tidak mendatangkan apa-apa kesan padanya.Apa lah cikgu langsung tidak mengasihani kami.Memandangkan tinggal sepuluh minit lagi nak rehat kami sabar menunggu detik itu.Farah memang dah bising gila nak tegok benda tu.Ok tepat aja pukul 10.35 detik itu pun tiba.Cikgu pun bagi kertas tu kat meja farah.Anis yang melihat nya amatlah bengang.ada ke patut cikgu bagi kat budak depan dulu padahal tadi cikgu bagi kat meja tepi.Oleh sebab bengang dan sesak kat depan tu kitaorang pun pergi rehat dulu.Lepas rehat baru ktaorang dapat tengok benda tu.
      Ok..untuk results aku ia agak mendukacitakan.aku jatuh lapan tangga compare last year tapi aku bersyukur markah aku naik because NO D on my list..this year aku dapat nombor 9 dalam kelas.Anis dapat nombor 4 mira dapat nombor 10.congrates anis kau berjaya lawan aku.hahaha...kalu nak tahu markah aku korang semua boleh view kat bawah ni.




For your information this year aku akan catat semua markah aku dalam buku ini.kalau korang lihat target aku 9A kan??actully aku tak tahu lah nak trget berapa.so memandangkan my beloved principal cakap :"kalau kita target tinggi insyaAllah kita akan berusaha untu mencapai nya tetapi kalau kita target rendah kita tak akn berusaha"ok atas nasihat beliau aku target 9A.Nak target memang senang nak dapat nya hahaha i don't think so.Tak sampai lima bulan lagi saja nak SPM dan tinggal dua bulan nak trial.so aku akan cuba apa yang aku mampu.

Ahad, 12 Jun 2011

Memori selepas PMR


 Aku ambil PMR tahun 2009.Jadi memori yang akan aku ceritakan ini selepas habis exam.Kalau tidak silap hari terakhir aku habis exam hari selasa maybe paper last kemahiran hidup bersepadu rasanya.Habis sahaja exam macam orang sudah sasau rasanya.Yelah balik-balik rumah memang sudah tidak kejar benda lain hanya bantal yang ada dalam fikiran aku.Sekolah pun hanya datang dua,tiga kali seminggu.
   Oeleh sebab buku sudah tak payah nak pegang sampai dapat result,aku habiskan masa aku dengan pelbagai benda.Salah satunya internet.Kadang-kadang aku pun bosan dengan kehidupan aku selepas PMR tetapi mahu buat macam mana lagi.isy,isy,isy.
   Malam tadi,oleh sebab aku lihat tempat belajar aku semak aku pun kemaslah.Kemudian ada satu album yang sudah lama aku tidak melihatnya.Jadi aku pun buka.Korang semua nampak tidak gambar di bawah itu??Kalau aku cakap aku yang lukis korang semua percaya tidak??Bagi sesiapa yang sudah mengenali aku pasti korang tidak percaya bukan??Aku sendiri pun tidak percaya inikan korang semua.Gambar itu diadaptasikan dari G3 magazine.Tengoklah tangannya masyaAllah kurus kering.Merosakkan betullah.Tetapi mahu buat macam mana.Itulah kalau tangan yang tidak berseni kalau disuruh melukis habis rosak gambar itu dibuatnya.Teringat aku satu peribahasa”bagai tikus membaiki labu”tetapi jangan pula korang samakan aku dengan tikus.Nahas korang semua aku kerjakan.


                                               

Jumaat, 10 Jun 2011

tepung serbaguna



Korang semua kenal tak dengan tepung beras??Korang sedar atau tidak yang tepung itu mempunyai pelbagai kegunaan.Jangan memandang enteng kepada tepung beras ok.
       Hari itu sedang aku menyelak majalah untuk mengisi masa yang teluang,aku terlihat satu ruangan tradisional.Mata aku tertarik dengan satu kaedah tradisional yang dinyatakan..”Menghilangkan jerawat meggunakan tepung beras”Hmm..satu kaedah yang menarik yang boleh digunakan oleh semua orang.Mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal.Kebetulan muka aku baru sahaja ditumbuhi dua jerawat maka aku mencuba kaedah tersebut.Dua tiga hari kemudian jerawat itu mengecil.Look jangan disangka tepung ini tiada guna.Alhamdulillah muka aku ini jarang ditumbuhi jerawat .Jadi aku akan melakukan kaedah tersebut bila perlu sahaja.
         Kalau mahu tahu cara membuat nya,mari sini aku beritahu.
1.Ambil tiga sudu tepung beras dan campurkan air.Tetapi jangan pula dicampur dengan terlalu banyak air cukup ia menjadi seperti korang memakai bedak sejuk.
2.Sapukan di muka dan biarkan kering.Kemudian basuh.
  Ha senang bukan??Tidak perlu mengambil masa yang lama.Selamat mencuba.


Selasa, 7 Jun 2011

hey world!!!

I'm coming..setelah hampir setahun aku tidak berblogging akhirnya kita ketemu lagi..
Tahun ini aku menjadi SPM candidate..yeah!!tittle itu akan aku pegang sampai akhir november ini..
Akhir kalam,
     nice to meet you all:D