CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 12 Jun 2011

Memori selepas PMR


 Aku ambil PMR tahun 2009.Jadi memori yang akan aku ceritakan ini selepas habis exam.Kalau tidak silap hari terakhir aku habis exam hari selasa maybe paper last kemahiran hidup bersepadu rasanya.Habis sahaja exam macam orang sudah sasau rasanya.Yelah balik-balik rumah memang sudah tidak kejar benda lain hanya bantal yang ada dalam fikiran aku.Sekolah pun hanya datang dua,tiga kali seminggu.
   Oeleh sebab buku sudah tak payah nak pegang sampai dapat result,aku habiskan masa aku dengan pelbagai benda.Salah satunya internet.Kadang-kadang aku pun bosan dengan kehidupan aku selepas PMR tetapi mahu buat macam mana lagi.isy,isy,isy.
   Malam tadi,oleh sebab aku lihat tempat belajar aku semak aku pun kemaslah.Kemudian ada satu album yang sudah lama aku tidak melihatnya.Jadi aku pun buka.Korang semua nampak tidak gambar di bawah itu??Kalau aku cakap aku yang lukis korang semua percaya tidak??Bagi sesiapa yang sudah mengenali aku pasti korang tidak percaya bukan??Aku sendiri pun tidak percaya inikan korang semua.Gambar itu diadaptasikan dari G3 magazine.Tengoklah tangannya masyaAllah kurus kering.Merosakkan betullah.Tetapi mahu buat macam mana.Itulah kalau tangan yang tidak berseni kalau disuruh melukis habis rosak gambar itu dibuatnya.Teringat aku satu peribahasa”bagai tikus membaiki labu”tetapi jangan pula korang samakan aku dengan tikus.Nahas korang semua aku kerjakan.


                                               

0 pendapat: