CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 10 Jun 2011

tepung serbaguna



Korang semua kenal tak dengan tepung beras??Korang sedar atau tidak yang tepung itu mempunyai pelbagai kegunaan.Jangan memandang enteng kepada tepung beras ok.
       Hari itu sedang aku menyelak majalah untuk mengisi masa yang teluang,aku terlihat satu ruangan tradisional.Mata aku tertarik dengan satu kaedah tradisional yang dinyatakan..”Menghilangkan jerawat meggunakan tepung beras”Hmm..satu kaedah yang menarik yang boleh digunakan oleh semua orang.Mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal.Kebetulan muka aku baru sahaja ditumbuhi dua jerawat maka aku mencuba kaedah tersebut.Dua tiga hari kemudian jerawat itu mengecil.Look jangan disangka tepung ini tiada guna.Alhamdulillah muka aku ini jarang ditumbuhi jerawat .Jadi aku akan melakukan kaedah tersebut bila perlu sahaja.
         Kalau mahu tahu cara membuat nya,mari sini aku beritahu.
1.Ambil tiga sudu tepung beras dan campurkan air.Tetapi jangan pula dicampur dengan terlalu banyak air cukup ia menjadi seperti korang memakai bedak sejuk.
2.Sapukan di muka dan biarkan kering.Kemudian basuh.
  Ha senang bukan??Tidak perlu mengambil masa yang lama.Selamat mencuba.


0 pendapat: