CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 24 Disember 2014

ohh maii final

wohooo.. Final exam around da corner guyss.. oh mai gud3 *sebut laju-laju like lisa surihani in instambul hakuu datang* atotoo

For this semester Iolls will have 5 paper. weee.. not badd lah.. tak seteruk macam last second semester.. fehning baq hang.. 5 paper pon dah terkentu-kentut nak buat nota.. haiigoo.. hopefully pngk this semester more better lah.. hew3~~

Nota dah siap belum? op kos lah belum wehh.. manyak nokkss nak buat.. tuh lah pasal, last minute lagi.. hambikk kau..

nota? why should you do this merepek nota?

eh2! of cos lah kena buat nota.. kalau nak harapkan iolls baca slide tuh memang tak lah.. I'm so lazy lah nak baca benda alah tuh.. If my own handwriting in shaa allah maybe i will read.. ahahah

Jangan tiru nahh uolls sekalian.. kalau tiru, hancus dan punah lah masa depan uolls..

Last but not least before I start to look my notes again, I want to gives sweet wishes to all degree a.k.a bachelor students in malaysia, GOOD LUCK in your final exam. Lets do the best for our parents, lecturer and most important for our religious.

Ayuh kita meramaikan umat islam yang cerdik dan mampu menaikkan kembali kegemilangan agama islam tidak kira apa jua bidang yang uolls ambil.

Good luck Guyss..

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Jumaat, 12 Disember 2014

Sangka baik dengan Allah

hye3!!!
actually, for your information result for the scholarship JPA PIDN 2014 has been released.. Ya, like my expectation, i don't get that scholar.

Allahuakbar! Allah dah rancang apa yang terbaik dalam hidup aku. Ya,mungkin bagi seorang manusia, apa yang diimpikan olehnya tuh merupakan terbaik untuk dia. Tapi jangan lupa, the most important thing, perancangan Allah merupakan yang terbaik..

Last week, ada seorang hamba Allah nih tanya kat iolls, kenapa kita dah buat baik, solat tak tinggal, siap plus dengan amalan sunat lagi, tapi Allah still tak bagi aku biasiswa nih?

Ha, satu ja jawapan yang iolls boleh bagi, mungkin amalan kita tak cukup lagi.. Mungkin jarak kita dengan Allah masih jauh.

Next, soalan yang iolls terima, kenapa orang yang senang depa denga mudahnya boleh dapat scholar nih? Kenapa aku yang selalu takda duit tak dapat?

Andd, jawapan yang iolls boleh bagi, Are you sure you really-really dont have enough money? I dont think so. Kalau betul lah kita nih takda duit, macam mana kita masih boleh beli makanan? Macam mana kita boleh keluar shopping even window shopping? Pernah terfikir tak yang sebenarnya, duit pinjaman PTPTN ka, yayasan ka or whateverlah tuh cukup? Kita ja yang selalu salah guna. Kita tak bijak nak bahagikan duit tuh. Bila sampai ja akhir sem, baru lah dok bising cakap duit pinjaman aku nih tak cukup lah, apalah.. Haisshh..

kalau kita rasa kita nih susah, tahu tak kat luar tuh ramai lagi orang yang susah tahap gaban punya? Kita nih masih dapat makan lagi..

ahahaha.. Banyak pulak iolls bebel kann? Takda lah. Iolls cuma terpanggil nak buat post nih lepas ramai yang tertanya-tanya dan kadangkala sampai salah kan takdir Allah..

Think positive ja eh pada sapa yang turut sama-sama tak dapat scholar JPA.. Teruskan belajar demi Allah.. Rezeki banyak lagi menunggu kita. Sentiasa husnuzon dengan Allah. Perancangan Allah is the best in this world. Takda sapa yag boleh lawan,

segulung ucapan takziah dan tahniah pada sapa yang dapat. Dan ucapan takziah pada sapa yang tak berjaya.

All the best!

Sincerely
Tiera Alway
*XOXO*

Jumaat, 28 November 2014

Road to MAHA! *Part 1*

Hye3!


Memandangkan this week merupakan minggu busy iolls, so after habis ja test 2 untuk Biochemistry, iolls and the gang pun pergi lah memulakan sesi lawatan ke MAHA, maeps, serdang. Ya lorh, maeps tuh kan dekat ja dengan UPM, so lagilah senang kami nak pergi sana. Bas rapid ke MAHA pun ada disediakan. Siap FREE lagi nokkss..

Tapi kami memulakan sesi jelajah kami selepas kami melantak dulu dekat cafe serumpun. Kalau nak pi makan dekat MAHA, alamat lingkuplah iolls.. Makanan kat sana mahai baq hang.. boleh pokai duit iolls.. Oh no3! kita ada 6 minggu lagi sebelum sem break hokkee..

Ok, nak dijadikan cerita, time kami dok syiokk lakukan sesi lawatan dekat Dewan A maeps, tetiba ja kami ternampak sekumpulan manusia yang berkerumun sambil memegang camera yang besar-besar tuh. haaaaa... korang fikir tak apa yang iolls fikir bila nampak semua hamba Allah tuh? 

"Nih mesti ada vvip nih" sambil iolls tengok depa tanpa berkelip..

Tiba-tiba ***********


"Weh.. Pak lah arr wehhh. Seriously.. Oh shit. Mana handphone haku nih.. Hadoi.. tang nih lah kau nak main sorok-sorok dengan aku pulak.."

Sambil tuh aku dok ikut lah manusia-manusia tuh. 

"yes! ada pun kau camera. Ok, 1,2, Snap.. Oh Damn!"

"Storage memory Full"

What the hell lah kan.. tang nih pulak dia nak full nya.. aiseh.. 

Selepas tu, aku pun pasrah lah sebab tak dapat tangkap gambar pak lah.. Sambil tuh dok buang gambar-gambar yang tak guna.

Andddd ****

"weh.. pak lah lagi lah.. ommo..ommoo..ommo.."

Iolls pun apa lagi.. pergi lah tangkap gambar pak lah.. yes.. akhirnya dapat jugak.. iolls siap interframe join adventure depa shooting lagi.. bhahaha..





Anndd, lagi satu yangiolls puas hati, iolls dapat berdiri sebelah pak lah.. Bangga siot.. Tapi tak selfie lah sebab segan lah pulak.. nanti dia pelik pulak budak umur 20, berani mintak dia selfie pulak.. Kena lah bajet matured kan..


===) Hokeee, Iolls think enough for the part 1 story road to MAHA. Next, part 2 will be updated.. 


Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Selasa, 30 September 2014

Tofu mask Cathydoll

psttt.. korang pernah dengar tak cathydoll punya produk? Apa yang iolls tau produk nih made in korea..

Harituh, iolls pi lah order tofu mask cathydoll nih, sebab ramai orang bagi feedback yang benda nih wangi + Ok.. so, apa lagi, haku pon try lah cecepat.. Pantang tau dalam hidup haku melambatkan untuk mencuba sesuatu baru..

So, genap hari nih, 7 hari aku pakai tofu mask. Yuppp! Apa yang korang dengar dan baca perihal gosip tentang tofu mask nih hampir 80% ia adalah benar.. Seriously benda nih wangi gilosss.. Rasa nak telan ja benda alah nih.. Geram aisshh.. Bau macam puding..

Apa pula effect dekat kulit muka aku nih? Haaaa.. muka aku nih kan jenis yang berminyak, so lepas aku pakai benda nih muka aku agak berminyak lah.. Bila aku baca balik dia punya khasiat, memang nak bagi kulit muka kita moist2 gitueww.. Nak dipendekkan cerita, muka kita jadi lembap plus beroily sikit lah. Overall, bab yang putihkan muka tuh aku tak tau. Rasa macam tak ja.. ahahah..

Tapiiiii.. not bad lah guna tofu mask nih.. Apa lagi hakak-hakak sekalian, come lets try tofu mask nih...

Nih lah Tofu mask tuh..


Bestt nokss..

p/s : feedback nih based on my skin hokee!! maybe orang lain punya feedback more better than me kannn..

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Jumaat, 19 September 2014

Pineng Power Bank!!

Hye3!!

Dulu aku  selalu jugak lah dok pertikaikan awat lah depa semua nih pakai power bank? membazir ja.. Zaman tuh time bateri aku sihat wal afiat lah.. Tapi sejak kebelakangan nih, bateri handphone iolls nih macam ape ntah.. benci i.. sikit-sikit keluar gambar love.. tak suka tau..

So, sebulan kebelakangan ini*betui ka ayat aku nih?* aku pun pi ushar-ushar insta shop yang jual power bank. Kalau boleh biarlah benda tuh boleh tahan lama kan? Selepas diteliti dengan baik, aku pun berminat lah dengan power bank pineng nih. Uolls semua pernah dengar tak?

Aku dengar cerita power bank ni bagus. Selepas aku jumpa fb seorang budak UPM ni yang menjual power bank pineng dengan harga yang agak murah, so aku pon mulalah whatsapp beliau bertanya itu ini tentang power bank pineng nih. Beliau kata power bank yang beliau jual original. No fake hokee! And then, iolls tanya lah dapat warranty card tak? Beliau cakap tak ada, tapi beliau akan bagi resit. So, anything problem in the future, just show your reciept. Aku pun macam berbelah bahagi lah pulak. Awat cakap ada warranty for 1 year, tapi tak dak warranty card. haa.. iolls pon pi lah tanya mr google. Ok!, results yang iolls observe memang power bank pineng nih tak ada warranty card pon? is it me right? kegusaran di hati iolls nih pon menurun lah sedikit even bukan 100% pon.

Selepas difikir, difikir dan difikir, aku pun belilah power bank pineng 15000 mAh dengan harga RM 76. So.. apa feedback selepas beberapa hari iolls guna?


Feedback nya adalah???

*******

Ok! power bank tuh memang ori. Aku dah check siri number dekat website pineng. Andddd, power bank tuh boleh charge handphone aku sebanyak 4 kali. Yang tuh pun sebab aku dok main handphone time charge. Kalau tak, maybe boleh 5-6 kali kot. kelemahan power bank nih pulak? Power bank ini bagi iolls berat jugal lah. Agak susah untuk mengusungnya ke kelas bersama-sama buku. Tapi it's just a small matter babe! Demi handphone ku yang tersayang, aku gigihkan jugak lah bawak power bank nih kemana sahaja ku belari.. Ceewahh!



Rabu, 3 September 2014

Bihun Sup Bujang Nokss..

Aku tak tahu lah, sejak aku menganggur selama 2 minggu sebelum mulanya sem 3 nih aku asyik nak try masak-masak ja. Tapilah, aku rasa maybe disebabkan atas beberapa faktor yang tertentu. Pertama bosan, kedua bosan dan akhir sekali aku bosan. Seriously, aku tak tahu dah nak buat apa. Novel semua aku dah baca dan sampaikan lecture slide untuk sem depan pon aku dah siap print. Tinggal baca dan study ja.


Bak kata akim AF berapa entah "Aku bosan dengan katamu" .. ahaha.. Jangan marah ya akim... Nanti kena jual. Heee

So, dibalikkan kepada main point yang asal, pagi tadi dengan gigihnya aku pergi buat bihun sup. "Hang tak betul ka pi makan bihun sup pagi-pagi buta?". Ishh, peduli apa hakuu, suka hati lah.. hohoho

Bagi aku, ini buat kali pertamanya aku masak sup. heeee.. sebelum nih masak biasa-biasa ja. So, semalam aku gigih lah pergi survey-survey cara nak masak sup yang tersangatlah mudah bagi aku.

Caranya adalah :

  1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, dan halia. 
  2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tersebut sehingga naik bau. Macam mana bau nya? Haaa, korang rasa nak bersin tuh, kiranya benda tuh dah ok lah. heee
  3. Masukkan kayu manis.
  4. Masukkan 6 cawan air kedalam periuk.
  5. Masukkan sup bunjut. Aku tibai dalam peti ais ja, jenama adabi kot.
  6. Selepas itu, suka hati korang lah nak letak sayur apa pun.
  7. Akhir sekali aku masukkan garam ikut tekak aku.
*Kuantiti pandai-pandailah nak agak.

Bihun :

Aku celur dalam air panas. Kalau korang rasa bihun tuh dah lembik-lembik buang air tuh.

Sambal kicap :

Aku letak cili padi berapa banyak entah. Selepas tuh, aku masukkan jugak cili besar, bawang putih, kicap dan gula. Then, aku blend.


Selepas aku set time, Lebih kurang satu jam lah proses untuk siapkan semua benda tuh. Uolls semua patut try nahhh

*Gambar tak ada sebab aku dah tibai dulu. Tak tahan nokkss iolls tengok bihun sup tuh*


Have A Good Try


Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Khamis, 28 Ogos 2014

Oppo ku!

First time iolls dengar brand oppo nih time iolls hangout with my family. Time tuh saja ja dok pi usya gajet-gajet nih.. Suddenly ja ternampak brand yang tersangatlah pelik dan aneh.. Oppo? whats that? kelakar nya bunyi brand nih. And thats time brand idaman iolls sony Xperia Z1 ja. Time tuh still iman gua takda tergugat langsung dengan oppo nih.


Tapi... Bila iolls memulakan misi meng"goggle" fakta tentang brand oppo nih?? Oh my goddd.. Hati gua  cair kot ibarat dunia kini mempunyai suhu melampaui takat didih. Waaaa... seriously.. tergugat iman aku kot tengok oppo Find7 nih..

Omo..omo..omo..

Thanks mr goggle :D



Sudah lah design dia cantik baq hang.. Spec dia pon kira umphh lah.. Tapi, for this time, I should not waste my money to buy anything without think the pro and cont. Mana boleh.. Sem 3 dah lah nak start seminggu lebih ja lg.. Takkan belum start sem dah dok perabihkan duit kot..

Mana bisa sih.. heeee


So, for this time, I think my darling Oppo find7 should be one of my wishlist..

Oppo nih bukan keperluan pon. Lagipon nokia lumia 520 kan hado and it still in a condition. Kalau ada rezeki in shaa allah oppo nih jadi milik aku..


Oppo Find7... Please wait till I coming to you babe!


Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Rabu, 27 Ogos 2014

Oh my carrot susu!

Aku nih, kalau jumpa ja air carrot susu mesti mata aku akan bercahaya-cahaya. Kehidupan sekeliling aku pun akan timbul bunga-bunga yang sungguh indah nan sekali.. Haaa.. begitu sekali kan aku obses dengan air carrot susu nih.. Air carrot susu ni juga akan ku beli setiap kali kaki gue menjelajah ke pasar malam.


Aku selalu kene tibai dengan mak aku sebab, akulah insan yang selalu menghabiskan carrot dalam fridge. hahah.. *gelak jahat sikit*

Tapi, untuk orang yang obses macam aku nih, mana reti nak bertaubat.. So,di hari yang indah ini, dengan segala hormatnya, saya tiera alway akan mengajar anda semua cara-cara/kaedah-kaedah/langkah-langkah*aishh, macam ringkasan karangan lah pulak?* membuat air carrot susu.

Langkahnya boleh dilihat berdasarkan flow gambar yang tertera di bawah.. Malas aihh nak taip panjang-panjang.

Korang sediakan dua biji carrot, blender, tin susu.

Potong dadu carrot dan masukkan ke dalam blender bersama-sama air dan 3 sudu gula.


Blend bahan-bahan tersebut sehingga hancur dan lumat.. heee

Masukkan semua bahan yang telah di blend ke dalam jag.
Sebelum buka tin susu tersebut, sila pastikan basuh terlebih dahulu bahagian atas tin tersebut sebagai langkah kebersihan. Selepas itu, tambahkan juga air mengikut kuantiti air yang dikehendaki. Kemudian kacau sehingga sebati.


Air carrot susu sudah siap. Mahu lebih kenikmatan ketika minum, sila tambah beberapa ice cube.



See, senangkan nak buat air carrot susu nih. Tak payah membazir duit sehinggit nak pi beli kat luar.

Have a Good Try Guys!


Sincerely;
Tiera Alway
*XOXO*

Isnin, 25 Ogos 2014

Why me choose agriculture science as my first choice list?

*Ehem-ehem, betulkan suara bagi merdu sikit*

Assalamualaikum,

Nama glamor saya tiera alway. Saya berasal dari perak dan merupakan student Bachelor Agriculture Science, Universiti Putra Malaysia. Bulan 9 ni In Shaa Allah saya akan memulakan semester ketiga tahun kedua.

Ok, itu sahaja salam perkenalan dari saya.

Heeee


*********

Sudah hampir dua tahun jugak lah aku berkecimpung dalam dunia sains pertanian ni. Setahun time asasi UPM, setahun degree. So, selepas tolak, tambah, darab dan bahagi, lebih kurang 3 tahun lagi aku akan menghabiskan masa belajar aku dalam dunia pertanian. Yang itu belum campur dalam dunia pekerjaan.

"Amacam pertanian? Best tak? Macam mana kau budak sains tulen yang ambik biology time sekolah boleh terdesak nak ambil subjek pertanian?"


Haaaa.. mesti soalan ni yang aku selalu jugak lah dengar orang tanya kalau depa dok dengar orang ambik pertanian. Bagi depa, pertanian nih adalah satu kos yang tersangat-sangatlah low dimata umum. Tak kisah lah orang tuh bekerjaya ke, tak ke, semuanya akan dok fikir sampai neuron depa bercambah.


Hello.. excuse me ok. Meh sini, buka mata korang besar-besar nah. Please lah, dont judge anything based on their name without you explore it first. Same with human right? Dont say anything about someone, If you dont know them. Thats not fair ok!

Time isi upu dulu after SPM, asasi sains pertanian merupakan first choice aku, dan alhamdulillah dapat. Untuk degree pulak, bachelor sains pertanian juga merupakan first choice aku, dan alhamdulillah dapat.

So, aku rasa, aku tak menyesal kot belajar bidang ni sebab bidang nih sumpah susah giloss.. subjek biology memang tersangatlah tough dan bidang ini jugak memerlukan daya ingatan yang kuat untuk mengahafal segala bagai nama saintifik pokok, rumpai, insects dan sebagainya lah. Time asasi dulu, macam biasa ja lah macam budak asasi sains tulen juga. Belajar subjek pertanian pun sipi-sipi ja, tapi bila time degree nih, bapak aihh susah wo gua cakap sama lu.

Kalau doktor perubatan depa interact with human right? Tapi bagi kami agriculturist ni must interact with living things yang langsung tak boleh cakap. Depa hanya boleh bagi response ja.

Yup, aku admit juga lah yang bidang sains pertanian ni ntah apa orang kata? pemess? Tapi aku tak tahu la kalau korang tahu ke tidak bidang pertanian ni dengan oversea tersangat-sangat lah femess.. Gaji orang yang bekerja dalam bidang pertanian pun bapak aihh.. tinggi siot.. hahah.. *tetiba jadi mr crab yang mata duitan*

Sumpah aku tak tipu. Kalau lu tak percaya sama gua, pi sana aihh tanya mr goggle sana tuh.


Selepas apa yang aku perdebatkan segala bagai di atas, bukan bermakna aku ingin mendabik dada untuk mengatakan kos aku nih hebat segala bagai. Tapi aku nak bagi korang buka mata, supaya tidak berfikiran "KOLOT". Semua bidang, semuannya membawa pelbagai manfaat dan jika kita menggunakan sebaik mungkin bidang tersebut bukan sahaja bagi manfaat pada kita seorang ja, tapi untuk semua.

Oppss..sebelum tu, lecturer kawan aku telah mengatakan bahawa :

Agriculture is mother of all science. So, we must proud with agriculture science.

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Khamis, 21 Ogos 2014

Mitos atau fakta yang sahih?

Korang semua pernah dengar tak cerita-cerita yang pelik but when we think back it also can be a fact? Same with me, iolls pernah lah denga satu story nih tentang budak kaca mata..



haaaa.. jangan pulak korang fikir yang aneh-aneh ya.. Iolls tak ada masa lah nak cerita dan buat gosip tengtang cerita hantu bagai nih.. Waste my time "woke"!

Aku nih start join club spectacle since umur aku 16 tahun aka form 4. I'm not sure bulan berapa tapi yang pastinya form 4 lah.. On that time aku rasa, Ya Allah macam nih lah kan rasanya jadi orang buta.. seriously bila iolls tak pakai spec, iolls rasa macam jadi orang buta. Time tuh aku start menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan pada aku.

Spec mata yang entah keberapa kali dah



Ok! back to our main point..

Ada satu mitos nih yang I also not sure it is only a mitos or fact. Tapi bila aku try dekat budak kaca mata, macam betui ja mitos nih. hahah

How to try this mitos?
: Cuba panggil kawan korang dengan suara yang sederhana, tak perlahan dan tidak juga terlalu kuat atau dalam erti kata lain menjerit. (Nanti ada juga makan penampar!)
: Cuba tengok reaksi kawan anda? Adakah respon yang diberikan olehnya cepat atau sedikit lamabt daripada orang normal?

Result ?
: Kalau cepat means kawan korang tuh seorang yang normal
: Kalau sedikit lambat means kawan korang "RABUN"
: Kalau tak ada respon  means kawan korang tu?? hurmm.. "PEKAK" lah wehh.. apa daaa.. Haiyoo.. itu pun tak boleh fikir sendiri ka?


Kalau korang belajar science dulu mesti korang pernah belajar pasal telinga kan? Kalau tak silap iolls saraf mata dengan telinga kan saling berkait rapat? So, bagi orang yang rabun tuh, depa semua akan detect arah suara meggunakan mata dulu sebelum telinga.

PERHATIAN!
Ini hanyalah sekadar cerita atau gosip sahaja. Sila membuat kajian terlebih dahulu sebelum menerima gosip ini 100%.

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*


Sabtu, 16 Ogos 2014

Maaflah, hari nih punya post tittle tak ada.. Iolls kebingungan nak letak post tittle apa. So, untuk memudahkan kerja, Iolls tak payah letak post tittle.


As uolls know that UPU result for intake 2014/2015 had been released right? So ramai lah kengkawan iolls tanya pasal pinjaman bagai. Bagi korang yang tengah buntu macam mana nak cekau duit nak bayar yuran ke, duit makan ke, duit untuk photostate lecture notes ke? Haa, disini iolls ingin memberitahu lah macam mana nya nak cekau duit tersebut..

Begini caranya :

:: Firstly, senang cerita lah iolls advice korang apply lah dulu ptptn. Ini for those yang pointernya time asasi ka, matrik ka, diploma ka, stpm ka yang tak melepasi syarat untuk uolls semua apply scholarship. Iolls pon termasuk dalam golongan itu lah. So, Iolls pon apply lah ptptn. Lepas tu, permohonan pinjaman yayasan perak pula buka. Iolls pun cuba nasib apply pinjaman tersebut disebabkan pinjaman ptptn iolls just dapat half ja. Bayar duit yuran pun tak lepas. Aiyoo.. After application iolls dah accepted, iolls pon batalkan pinjaman ptptn tuh..  And then, iolls pusing balik duit yayasan tuh bayar balik duit ptptn. So, sekarang duit ptptn dah settle iolls bayar. 

Now, iolls tengah usahakan nak apply scholarship. In shaa Allah kalau ada rezeki iolls, dapatlah. Kalau tak yayasan lah menjadi pujaan hatiku..

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Jumaat, 15 Ogos 2014

Petua Nenek Moyang

Psstt.. haa, meh sini meh wahai kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik dan nenek-nenek sekalian(eh!nenek pon pandai blogwalking eh?).. Jangan malu, jangan segan.. Meh rapat-rapat.


Hari nih iolls nak bagitau kat uolls semua macam mana nak mempercepatkan pertumbuhan rambut dalam erti kata lain nak bagi rambut korang cepat panjanglah dan menghaluskan rambut..

Cara-caranya adalah :
  1. Korang semua, pernah nampak tak pokok rambutan? So, korang semua ambik 5 hingga 7 helai daun rambutan tuh.
  2. Next, korang ambik air secebok dan campurkan serta gaulkan daun tersebut bersama-sama air.
  3. Kemudian basuh rambut korang dengan air campuran tersebut. Tunggu lah dalam beberapa minit.
  4. Langkah yang terakhir apa lagi? Pi bilas ah rambut korang dengan air yang bersih.Karang tak pasal-pasal melekit rambut korang.
Petua nih iolls buat time iolls darjah 6. Time tuh iolls terbaca kat majalah mana ntah. So, hasil yang boleh iolls bagitahu, menjadi jugaklah petua tuh. Benda nih korang semua buatlah dalam sekali seminggu ke.Kalau dah terlebih rajin tuh buatlah 2 kali seminggu. Jangan pulak buat setiap hari, karang tak pasal-pasal botak kepala cik rambutan tuh.

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Ahad, 10 Ogos 2014

Iolls Behavior

Sesiapa yang kenal dengan aku mesti korang akan kata :
  :: Eh, kau nih betul ke umur 20?

Memang ramai dah yang cakap aku nih tak serupa macam budak umur 20 dan student universiti. Sebab apakah manusia-manusia tersebut berkata-kata begitu? Ahahah.. Ini adalah disebabkan perangai aku yang macam budak-budak dan kadangkala otak aku nih senget sikit.

Seriously, kalu uolls dah memang kamcing dengan iolls, konfem punyalah perangai iolls yang sebenarnya akan terkeluaq.. Tiada sebarang lakonan sebagai seorang gadis melayu lagi.

Aku nih tak suka stress-stress bagai. Aku akan penuhi setiap jam aku dengan gelak dan bercakap. Yup! Seronok seyh kalau dapat gelak. Tapi takda lah setiap detik aku gelak dan bercakap.. Gila ka apa? Aku pon tahu jugak erti ke"serius"san.

Personaliti aku pulak akan berubah apabila dalam bilik dan ketika aku duduk di atas kerusi aku. Time tuh aku dah tak kisah dah sape pon yang ada dekat dengan aku. Kadang-kadang aku kesian juga dekat roomate aku, aku buat derk ja kat dia. hahah.. Aku paling pantang sekali kalau ada sesiapa yang tengah kacau aku bila aku serius. Sampai satu ketika, kalau adalah orang yang datang kat aku bile time aku tengah serius, Hati aku akan menghalau-halau beliau. Tapi dalam hati ja lah. Tak sampai hati pulak nak halau betul-betul kan..

Itulah aku.. Kadang-kadang perangai tak senonoh baq hang, boleh kalah budak sekolah, kadang-kadang ke"nerd"an aku pulak akan muncul.


Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Jumaat, 8 Ogos 2014

1,2,3! Snap!

hai, hai, hai..

bagi sesiapa yang telah mengenali aku aka tiera alway nih dengan rapat dan akrab mesti tau punya lah yang aku nih bila jumpa kamera memang tak boleh nak kawal diri aku menjadi gedik.. auww.. tapi sebelum tuh mesti mau tengok lah line clear atau tak. Misalnya kalau ada lagi disekeliling kau, takkan lah ekau nak tergedik-gedik kan? ahah.. thats not me lah kalau iolls tergedik-gedik depan lelaki.. malu kot.. sumpah malu kalau dok gedik depan depa. Boleh jatuh saham iolls tau.. ahahah..

So, back to the topic, iolls nih kalau jumpa ja kamera, tetiba ja penyakit obses tuh datang. Tak tahu lah pasai pa aihh.. lebih-lebih lagi kalau jumpa satu kepala macam aku, lagilah penyakit gila aku nih akan melebihi tahap maksimum. Penyakit aku nih mula dikenalpasti time asasi. Geng kamera aku pulak selalunya zueyra aka exroomate iolls and my beloved geng aka classmate iolls yang bernama nurin.. Sumpah kalau dengan nurin nih lagi gila aihh.. Dalam kelas pon kami tibai tengok kamera bukan nak focus tengok lecturer ka apa, tapi kamera phone lebih memikat hati kami. oppss, tapi bukan setiap masa lah kami dok hadap kamera tuh, cuma bila time kebosanan melewati diri kami baru kami bukak handphone. Kalau dengan zueyra pulak, dalam bilik lah menjadi pot kami berselfie-selfie. selalunya kami guna webcam ja, pastuh buat muka tak senonoh sampai roomate kami yang lain pon pandang lain. Tapi depa semua tahu perangai kami nih, so, sebab tuh lah depa buat derk ja bila tengok kami macam tuh.

Bila naik time degree pulak, semua geng kamera aku berlainan kos dan kolej dengan aku. Ingatkan dapat lah jumpa geng kamera lain, tapi.. hurmm, geng kamera still belum ditemui walaupun tahun pertamaku sudah habis.

So, now I have found back my gang at pustaka chiew. Seriously, depa semua pon gila bila jumpa kamera. Tapi sebelum kami memulakan misi kami, kami berjaga-jaga dulu. Tengok kiri kanan depan belakang, malah tahu boss dengan yap ada. Kalau depa ada, mampus lah kene marah.

For me, picture will be our moments bila kita dah besar gedabak nanti. Manalah tahu uolls semua nak tunjuk dekat future friends ke, husband ke, anak ke, cucu ke dan sewaktu dengannya. Dan bila kita buat muka tak senonoh tuh pula, kita dapat melupakan masalah dan reduce our stress.

*You must do what ever thing that make you became a happy person even though other people thing you are crazy-tiera alway-*

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*



Khamis, 7 Ogos 2014

Mandarin language

Belajar mandarin language termasuk salah satu misi aku yang perlu aku belajar sebelum aku graduate 2017 nih.


Why??

When I learn this language, I will know what da chinese people said about me. uolls know what, nak dijadikan kisahnya :

:: uolls tau kan iolls bekerja time cuti sem nih? haaa, so bos iolls merupakan seorang chinese. Sometimes, bila depa dok cakap bahasa chinese iolls hanya mampu nganga dan mata iolls akan terbeliak pandang kat depa. iolls cuba untuk memahaminya, tapi iolls tetap tak faham. Malah keluasan mulut iolls akan bertambah besar dan kening iolls semakin mahu bercantum. Apa??  biaq pi depa? oh no, mana boleh iolls ignore ja, manalah tahu depa dok ngata iolls ka, apa ka, yang iolls nih dok senyum ja.. Manyak cantik muka uolls.. hahah.. 

thats why, for me I need to learn this language.. ya, but I dont expect I will know this language fluently, at least I know a few words and can understand what they talking about.

Tak rugi lah kalau kita tahu banyak bahasa. 

Bahasa kan budaya kita. So, why not kita cuba pelbagaikan bahasa kita tanpa melupakan bahasa asal kita kan? 

*ok, apa yang aku dah melalut nih?*



Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Rabu, 6 Ogos 2014

I'm Back

Holla..Holla.. Holla..

Is there something weird if I come back here to clean my blog from "sarang labah-labah"? Ahahah.. yeah.. thats my life. Aku ini seorang yang cepat bosan with da something.. I dont know why, Dont asking me please..

For your information, this 2 month merupakan cuti sem aku sebelum bermulanya semester ketiga aku sebagai student Bachelor science agriculture, UPM.

Annddd 2 bulan nih aku juga telah memanfaatkan cuti aku dengan bekerja as saleswoman.. woohoo.. penat woo.. seriously penat!! Tapi lepas dapat gaji?? OMG!!! best woo gua cakap sama lu.. boleh pergi shopping or ermm aka online shopping lah memandangkan aku nih seorang yang bekerjaya yang tiada masa untuk window shopping.. ahakkss..

Kenapa aku memilih untuk menjadi seorang yang bekerjaya berbanding menjadi suri rumah sepenuh sama likes my others friends?? wuhuuu.. Meh sini gua cakap sama lu..

Sebab-sebab yang pertama adalah:


  1.  Gua tak berbakat dan tiada bakat untuk menjadi suri rumah sepenuh masa buat masa sekarang.
  2. Gua nih tak suka buang masa dan membiarkan masa gua habis begitu saja tanpa dompet gua tak masyhuukk.
  3. Parents gua bekerja, so gua takut kena tinggai rumah sorang-sorang.

Ha!! boleh diterima akal tak reason yang telah saya berikan kepada anda sebentar tadi? hahah.. Itulah diri aku.. pelikkan?

Ala.. tinggal 3 minggu ja untuk aku memegang tittle sebagai seorang yang bekerjaya. Next month, I will turn back to my life. Study, pi kelas, balik, makan, tidur, movie, study dan tidur kembali..

Ok, I think I should stop first before uolls pening nak baca nya..

Sincerely :
Younger Girl
*XOXO*