CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 28 Ogos 2014

Oppo ku!

First time iolls dengar brand oppo nih time iolls hangout with my family. Time tuh saja ja dok pi usya gajet-gajet nih.. Suddenly ja ternampak brand yang tersangatlah pelik dan aneh.. Oppo? whats that? kelakar nya bunyi brand nih. And thats time brand idaman iolls sony Xperia Z1 ja. Time tuh still iman gua takda tergugat langsung dengan oppo nih.


Tapi... Bila iolls memulakan misi meng"goggle" fakta tentang brand oppo nih?? Oh my goddd.. Hati gua  cair kot ibarat dunia kini mempunyai suhu melampaui takat didih. Waaaa... seriously.. tergugat iman aku kot tengok oppo Find7 nih..

Omo..omo..omo..

Thanks mr goggle :D



Sudah lah design dia cantik baq hang.. Spec dia pon kira umphh lah.. Tapi, for this time, I should not waste my money to buy anything without think the pro and cont. Mana boleh.. Sem 3 dah lah nak start seminggu lebih ja lg.. Takkan belum start sem dah dok perabihkan duit kot..

Mana bisa sih.. heeee


So, for this time, I think my darling Oppo find7 should be one of my wishlist..

Oppo nih bukan keperluan pon. Lagipon nokia lumia 520 kan hado and it still in a condition. Kalau ada rezeki in shaa allah oppo nih jadi milik aku..


Oppo Find7... Please wait till I coming to you babe!


Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Rabu, 27 Ogos 2014

Oh my carrot susu!

Aku nih, kalau jumpa ja air carrot susu mesti mata aku akan bercahaya-cahaya. Kehidupan sekeliling aku pun akan timbul bunga-bunga yang sungguh indah nan sekali.. Haaa.. begitu sekali kan aku obses dengan air carrot susu nih.. Air carrot susu ni juga akan ku beli setiap kali kaki gue menjelajah ke pasar malam.


Aku selalu kene tibai dengan mak aku sebab, akulah insan yang selalu menghabiskan carrot dalam fridge. hahah.. *gelak jahat sikit*

Tapi, untuk orang yang obses macam aku nih, mana reti nak bertaubat.. So,di hari yang indah ini, dengan segala hormatnya, saya tiera alway akan mengajar anda semua cara-cara/kaedah-kaedah/langkah-langkah*aishh, macam ringkasan karangan lah pulak?* membuat air carrot susu.

Langkahnya boleh dilihat berdasarkan flow gambar yang tertera di bawah.. Malas aihh nak taip panjang-panjang.

Korang sediakan dua biji carrot, blender, tin susu.

Potong dadu carrot dan masukkan ke dalam blender bersama-sama air dan 3 sudu gula.


Blend bahan-bahan tersebut sehingga hancur dan lumat.. heee

Masukkan semua bahan yang telah di blend ke dalam jag.
Sebelum buka tin susu tersebut, sila pastikan basuh terlebih dahulu bahagian atas tin tersebut sebagai langkah kebersihan. Selepas itu, tambahkan juga air mengikut kuantiti air yang dikehendaki. Kemudian kacau sehingga sebati.


Air carrot susu sudah siap. Mahu lebih kenikmatan ketika minum, sila tambah beberapa ice cube.



See, senangkan nak buat air carrot susu nih. Tak payah membazir duit sehinggit nak pi beli kat luar.

Have a Good Try Guys!


Sincerely;
Tiera Alway
*XOXO*

Isnin, 25 Ogos 2014

Why me choose agriculture science as my first choice list?

*Ehem-ehem, betulkan suara bagi merdu sikit*

Assalamualaikum,

Nama glamor saya tiera alway. Saya berasal dari perak dan merupakan student Bachelor Agriculture Science, Universiti Putra Malaysia. Bulan 9 ni In Shaa Allah saya akan memulakan semester ketiga tahun kedua.

Ok, itu sahaja salam perkenalan dari saya.

Heeee


*********

Sudah hampir dua tahun jugak lah aku berkecimpung dalam dunia sains pertanian ni. Setahun time asasi UPM, setahun degree. So, selepas tolak, tambah, darab dan bahagi, lebih kurang 3 tahun lagi aku akan menghabiskan masa belajar aku dalam dunia pertanian. Yang itu belum campur dalam dunia pekerjaan.

"Amacam pertanian? Best tak? Macam mana kau budak sains tulen yang ambik biology time sekolah boleh terdesak nak ambil subjek pertanian?"


Haaaa.. mesti soalan ni yang aku selalu jugak lah dengar orang tanya kalau depa dok dengar orang ambik pertanian. Bagi depa, pertanian nih adalah satu kos yang tersangat-sangatlah low dimata umum. Tak kisah lah orang tuh bekerjaya ke, tak ke, semuanya akan dok fikir sampai neuron depa bercambah.


Hello.. excuse me ok. Meh sini, buka mata korang besar-besar nah. Please lah, dont judge anything based on their name without you explore it first. Same with human right? Dont say anything about someone, If you dont know them. Thats not fair ok!

Time isi upu dulu after SPM, asasi sains pertanian merupakan first choice aku, dan alhamdulillah dapat. Untuk degree pulak, bachelor sains pertanian juga merupakan first choice aku, dan alhamdulillah dapat.

So, aku rasa, aku tak menyesal kot belajar bidang ni sebab bidang nih sumpah susah giloss.. subjek biology memang tersangatlah tough dan bidang ini jugak memerlukan daya ingatan yang kuat untuk mengahafal segala bagai nama saintifik pokok, rumpai, insects dan sebagainya lah. Time asasi dulu, macam biasa ja lah macam budak asasi sains tulen juga. Belajar subjek pertanian pun sipi-sipi ja, tapi bila time degree nih, bapak aihh susah wo gua cakap sama lu.

Kalau doktor perubatan depa interact with human right? Tapi bagi kami agriculturist ni must interact with living things yang langsung tak boleh cakap. Depa hanya boleh bagi response ja.

Yup, aku admit juga lah yang bidang sains pertanian ni ntah apa orang kata? pemess? Tapi aku tak tahu la kalau korang tahu ke tidak bidang pertanian ni dengan oversea tersangat-sangat lah femess.. Gaji orang yang bekerja dalam bidang pertanian pun bapak aihh.. tinggi siot.. hahah.. *tetiba jadi mr crab yang mata duitan*

Sumpah aku tak tipu. Kalau lu tak percaya sama gua, pi sana aihh tanya mr goggle sana tuh.


Selepas apa yang aku perdebatkan segala bagai di atas, bukan bermakna aku ingin mendabik dada untuk mengatakan kos aku nih hebat segala bagai. Tapi aku nak bagi korang buka mata, supaya tidak berfikiran "KOLOT". Semua bidang, semuannya membawa pelbagai manfaat dan jika kita menggunakan sebaik mungkin bidang tersebut bukan sahaja bagi manfaat pada kita seorang ja, tapi untuk semua.

Oppss..sebelum tu, lecturer kawan aku telah mengatakan bahawa :

Agriculture is mother of all science. So, we must proud with agriculture science.

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Khamis, 21 Ogos 2014

Mitos atau fakta yang sahih?

Korang semua pernah dengar tak cerita-cerita yang pelik but when we think back it also can be a fact? Same with me, iolls pernah lah denga satu story nih tentang budak kaca mata..



haaaa.. jangan pulak korang fikir yang aneh-aneh ya.. Iolls tak ada masa lah nak cerita dan buat gosip tengtang cerita hantu bagai nih.. Waste my time "woke"!

Aku nih start join club spectacle since umur aku 16 tahun aka form 4. I'm not sure bulan berapa tapi yang pastinya form 4 lah.. On that time aku rasa, Ya Allah macam nih lah kan rasanya jadi orang buta.. seriously bila iolls tak pakai spec, iolls rasa macam jadi orang buta. Time tuh aku start menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan pada aku.

Spec mata yang entah keberapa kali dah



Ok! back to our main point..

Ada satu mitos nih yang I also not sure it is only a mitos or fact. Tapi bila aku try dekat budak kaca mata, macam betui ja mitos nih. hahah

How to try this mitos?
: Cuba panggil kawan korang dengan suara yang sederhana, tak perlahan dan tidak juga terlalu kuat atau dalam erti kata lain menjerit. (Nanti ada juga makan penampar!)
: Cuba tengok reaksi kawan anda? Adakah respon yang diberikan olehnya cepat atau sedikit lamabt daripada orang normal?

Result ?
: Kalau cepat means kawan korang tuh seorang yang normal
: Kalau sedikit lambat means kawan korang "RABUN"
: Kalau tak ada respon  means kawan korang tu?? hurmm.. "PEKAK" lah wehh.. apa daaa.. Haiyoo.. itu pun tak boleh fikir sendiri ka?


Kalau korang belajar science dulu mesti korang pernah belajar pasal telinga kan? Kalau tak silap iolls saraf mata dengan telinga kan saling berkait rapat? So, bagi orang yang rabun tuh, depa semua akan detect arah suara meggunakan mata dulu sebelum telinga.

PERHATIAN!
Ini hanyalah sekadar cerita atau gosip sahaja. Sila membuat kajian terlebih dahulu sebelum menerima gosip ini 100%.

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*


Sabtu, 16 Ogos 2014

Maaflah, hari nih punya post tittle tak ada.. Iolls kebingungan nak letak post tittle apa. So, untuk memudahkan kerja, Iolls tak payah letak post tittle.


As uolls know that UPU result for intake 2014/2015 had been released right? So ramai lah kengkawan iolls tanya pasal pinjaman bagai. Bagi korang yang tengah buntu macam mana nak cekau duit nak bayar yuran ke, duit makan ke, duit untuk photostate lecture notes ke? Haa, disini iolls ingin memberitahu lah macam mana nya nak cekau duit tersebut..

Begini caranya :

:: Firstly, senang cerita lah iolls advice korang apply lah dulu ptptn. Ini for those yang pointernya time asasi ka, matrik ka, diploma ka, stpm ka yang tak melepasi syarat untuk uolls semua apply scholarship. Iolls pon termasuk dalam golongan itu lah. So, Iolls pon apply lah ptptn. Lepas tu, permohonan pinjaman yayasan perak pula buka. Iolls pun cuba nasib apply pinjaman tersebut disebabkan pinjaman ptptn iolls just dapat half ja. Bayar duit yuran pun tak lepas. Aiyoo.. After application iolls dah accepted, iolls pon batalkan pinjaman ptptn tuh..  And then, iolls pusing balik duit yayasan tuh bayar balik duit ptptn. So, sekarang duit ptptn dah settle iolls bayar. 

Now, iolls tengah usahakan nak apply scholarship. In shaa Allah kalau ada rezeki iolls, dapatlah. Kalau tak yayasan lah menjadi pujaan hatiku..

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Jumaat, 15 Ogos 2014

Petua Nenek Moyang

Psstt.. haa, meh sini meh wahai kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik dan nenek-nenek sekalian(eh!nenek pon pandai blogwalking eh?).. Jangan malu, jangan segan.. Meh rapat-rapat.


Hari nih iolls nak bagitau kat uolls semua macam mana nak mempercepatkan pertumbuhan rambut dalam erti kata lain nak bagi rambut korang cepat panjanglah dan menghaluskan rambut..

Cara-caranya adalah :
  1. Korang semua, pernah nampak tak pokok rambutan? So, korang semua ambik 5 hingga 7 helai daun rambutan tuh.
  2. Next, korang ambik air secebok dan campurkan serta gaulkan daun tersebut bersama-sama air.
  3. Kemudian basuh rambut korang dengan air campuran tersebut. Tunggu lah dalam beberapa minit.
  4. Langkah yang terakhir apa lagi? Pi bilas ah rambut korang dengan air yang bersih.Karang tak pasal-pasal melekit rambut korang.
Petua nih iolls buat time iolls darjah 6. Time tuh iolls terbaca kat majalah mana ntah. So, hasil yang boleh iolls bagitahu, menjadi jugaklah petua tuh. Benda nih korang semua buatlah dalam sekali seminggu ke.Kalau dah terlebih rajin tuh buatlah 2 kali seminggu. Jangan pulak buat setiap hari, karang tak pasal-pasal botak kepala cik rambutan tuh.

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Ahad, 10 Ogos 2014

Iolls Behavior

Sesiapa yang kenal dengan aku mesti korang akan kata :
  :: Eh, kau nih betul ke umur 20?

Memang ramai dah yang cakap aku nih tak serupa macam budak umur 20 dan student universiti. Sebab apakah manusia-manusia tersebut berkata-kata begitu? Ahahah.. Ini adalah disebabkan perangai aku yang macam budak-budak dan kadangkala otak aku nih senget sikit.

Seriously, kalu uolls dah memang kamcing dengan iolls, konfem punyalah perangai iolls yang sebenarnya akan terkeluaq.. Tiada sebarang lakonan sebagai seorang gadis melayu lagi.

Aku nih tak suka stress-stress bagai. Aku akan penuhi setiap jam aku dengan gelak dan bercakap. Yup! Seronok seyh kalau dapat gelak. Tapi takda lah setiap detik aku gelak dan bercakap.. Gila ka apa? Aku pon tahu jugak erti ke"serius"san.

Personaliti aku pulak akan berubah apabila dalam bilik dan ketika aku duduk di atas kerusi aku. Time tuh aku dah tak kisah dah sape pon yang ada dekat dengan aku. Kadang-kadang aku kesian juga dekat roomate aku, aku buat derk ja kat dia. hahah.. Aku paling pantang sekali kalau ada sesiapa yang tengah kacau aku bila aku serius. Sampai satu ketika, kalau adalah orang yang datang kat aku bile time aku tengah serius, Hati aku akan menghalau-halau beliau. Tapi dalam hati ja lah. Tak sampai hati pulak nak halau betul-betul kan..

Itulah aku.. Kadang-kadang perangai tak senonoh baq hang, boleh kalah budak sekolah, kadang-kadang ke"nerd"an aku pulak akan muncul.


Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Jumaat, 8 Ogos 2014

1,2,3! Snap!

hai, hai, hai..

bagi sesiapa yang telah mengenali aku aka tiera alway nih dengan rapat dan akrab mesti tau punya lah yang aku nih bila jumpa kamera memang tak boleh nak kawal diri aku menjadi gedik.. auww.. tapi sebelum tuh mesti mau tengok lah line clear atau tak. Misalnya kalau ada lagi disekeliling kau, takkan lah ekau nak tergedik-gedik kan? ahah.. thats not me lah kalau iolls tergedik-gedik depan lelaki.. malu kot.. sumpah malu kalau dok gedik depan depa. Boleh jatuh saham iolls tau.. ahahah..

So, back to the topic, iolls nih kalau jumpa ja kamera, tetiba ja penyakit obses tuh datang. Tak tahu lah pasai pa aihh.. lebih-lebih lagi kalau jumpa satu kepala macam aku, lagilah penyakit gila aku nih akan melebihi tahap maksimum. Penyakit aku nih mula dikenalpasti time asasi. Geng kamera aku pulak selalunya zueyra aka exroomate iolls and my beloved geng aka classmate iolls yang bernama nurin.. Sumpah kalau dengan nurin nih lagi gila aihh.. Dalam kelas pon kami tibai tengok kamera bukan nak focus tengok lecturer ka apa, tapi kamera phone lebih memikat hati kami. oppss, tapi bukan setiap masa lah kami dok hadap kamera tuh, cuma bila time kebosanan melewati diri kami baru kami bukak handphone. Kalau dengan zueyra pulak, dalam bilik lah menjadi pot kami berselfie-selfie. selalunya kami guna webcam ja, pastuh buat muka tak senonoh sampai roomate kami yang lain pon pandang lain. Tapi depa semua tahu perangai kami nih, so, sebab tuh lah depa buat derk ja bila tengok kami macam tuh.

Bila naik time degree pulak, semua geng kamera aku berlainan kos dan kolej dengan aku. Ingatkan dapat lah jumpa geng kamera lain, tapi.. hurmm, geng kamera still belum ditemui walaupun tahun pertamaku sudah habis.

So, now I have found back my gang at pustaka chiew. Seriously, depa semua pon gila bila jumpa kamera. Tapi sebelum kami memulakan misi kami, kami berjaga-jaga dulu. Tengok kiri kanan depan belakang, malah tahu boss dengan yap ada. Kalau depa ada, mampus lah kene marah.

For me, picture will be our moments bila kita dah besar gedabak nanti. Manalah tahu uolls semua nak tunjuk dekat future friends ke, husband ke, anak ke, cucu ke dan sewaktu dengannya. Dan bila kita buat muka tak senonoh tuh pula, kita dapat melupakan masalah dan reduce our stress.

*You must do what ever thing that make you became a happy person even though other people thing you are crazy-tiera alway-*

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*



Khamis, 7 Ogos 2014

Mandarin language

Belajar mandarin language termasuk salah satu misi aku yang perlu aku belajar sebelum aku graduate 2017 nih.


Why??

When I learn this language, I will know what da chinese people said about me. uolls know what, nak dijadikan kisahnya :

:: uolls tau kan iolls bekerja time cuti sem nih? haaa, so bos iolls merupakan seorang chinese. Sometimes, bila depa dok cakap bahasa chinese iolls hanya mampu nganga dan mata iolls akan terbeliak pandang kat depa. iolls cuba untuk memahaminya, tapi iolls tetap tak faham. Malah keluasan mulut iolls akan bertambah besar dan kening iolls semakin mahu bercantum. Apa??  biaq pi depa? oh no, mana boleh iolls ignore ja, manalah tahu depa dok ngata iolls ka, apa ka, yang iolls nih dok senyum ja.. Manyak cantik muka uolls.. hahah.. 

thats why, for me I need to learn this language.. ya, but I dont expect I will know this language fluently, at least I know a few words and can understand what they talking about.

Tak rugi lah kalau kita tahu banyak bahasa. 

Bahasa kan budaya kita. So, why not kita cuba pelbagaikan bahasa kita tanpa melupakan bahasa asal kita kan? 

*ok, apa yang aku dah melalut nih?*



Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Rabu, 6 Ogos 2014

I'm Back

Holla..Holla.. Holla..

Is there something weird if I come back here to clean my blog from "sarang labah-labah"? Ahahah.. yeah.. thats my life. Aku ini seorang yang cepat bosan with da something.. I dont know why, Dont asking me please..

For your information, this 2 month merupakan cuti sem aku sebelum bermulanya semester ketiga aku sebagai student Bachelor science agriculture, UPM.

Annddd 2 bulan nih aku juga telah memanfaatkan cuti aku dengan bekerja as saleswoman.. woohoo.. penat woo.. seriously penat!! Tapi lepas dapat gaji?? OMG!!! best woo gua cakap sama lu.. boleh pergi shopping or ermm aka online shopping lah memandangkan aku nih seorang yang bekerjaya yang tiada masa untuk window shopping.. ahakkss..

Kenapa aku memilih untuk menjadi seorang yang bekerjaya berbanding menjadi suri rumah sepenuh sama likes my others friends?? wuhuuu.. Meh sini gua cakap sama lu..

Sebab-sebab yang pertama adalah:


  1.  Gua tak berbakat dan tiada bakat untuk menjadi suri rumah sepenuh masa buat masa sekarang.
  2. Gua nih tak suka buang masa dan membiarkan masa gua habis begitu saja tanpa dompet gua tak masyhuukk.
  3. Parents gua bekerja, so gua takut kena tinggai rumah sorang-sorang.

Ha!! boleh diterima akal tak reason yang telah saya berikan kepada anda sebentar tadi? hahah.. Itulah diri aku.. pelikkan?

Ala.. tinggal 3 minggu ja untuk aku memegang tittle sebagai seorang yang bekerjaya. Next month, I will turn back to my life. Study, pi kelas, balik, makan, tidur, movie, study dan tidur kembali..

Ok, I think I should stop first before uolls pening nak baca nya..

Sincerely :
Younger Girl
*XOXO*