CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 10 Ogos 2014

Iolls Behavior

Sesiapa yang kenal dengan aku mesti korang akan kata :
  :: Eh, kau nih betul ke umur 20?

Memang ramai dah yang cakap aku nih tak serupa macam budak umur 20 dan student universiti. Sebab apakah manusia-manusia tersebut berkata-kata begitu? Ahahah.. Ini adalah disebabkan perangai aku yang macam budak-budak dan kadangkala otak aku nih senget sikit.

Seriously, kalu uolls dah memang kamcing dengan iolls, konfem punyalah perangai iolls yang sebenarnya akan terkeluaq.. Tiada sebarang lakonan sebagai seorang gadis melayu lagi.

Aku nih tak suka stress-stress bagai. Aku akan penuhi setiap jam aku dengan gelak dan bercakap. Yup! Seronok seyh kalau dapat gelak. Tapi takda lah setiap detik aku gelak dan bercakap.. Gila ka apa? Aku pon tahu jugak erti ke"serius"san.

Personaliti aku pulak akan berubah apabila dalam bilik dan ketika aku duduk di atas kerusi aku. Time tuh aku dah tak kisah dah sape pon yang ada dekat dengan aku. Kadang-kadang aku kesian juga dekat roomate aku, aku buat derk ja kat dia. hahah.. Aku paling pantang sekali kalau ada sesiapa yang tengah kacau aku bila aku serius. Sampai satu ketika, kalau adalah orang yang datang kat aku bile time aku tengah serius, Hati aku akan menghalau-halau beliau. Tapi dalam hati ja lah. Tak sampai hati pulak nak halau betul-betul kan..

Itulah aku.. Kadang-kadang perangai tak senonoh baq hang, boleh kalah budak sekolah, kadang-kadang ke"nerd"an aku pulak akan muncul.


Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

0 pendapat: