CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 27 Ogos 2014

Oh my carrot susu!

Aku nih, kalau jumpa ja air carrot susu mesti mata aku akan bercahaya-cahaya. Kehidupan sekeliling aku pun akan timbul bunga-bunga yang sungguh indah nan sekali.. Haaa.. begitu sekali kan aku obses dengan air carrot susu nih.. Air carrot susu ni juga akan ku beli setiap kali kaki gue menjelajah ke pasar malam.


Aku selalu kene tibai dengan mak aku sebab, akulah insan yang selalu menghabiskan carrot dalam fridge. hahah.. *gelak jahat sikit*

Tapi, untuk orang yang obses macam aku nih, mana reti nak bertaubat.. So,di hari yang indah ini, dengan segala hormatnya, saya tiera alway akan mengajar anda semua cara-cara/kaedah-kaedah/langkah-langkah*aishh, macam ringkasan karangan lah pulak?* membuat air carrot susu.

Langkahnya boleh dilihat berdasarkan flow gambar yang tertera di bawah.. Malas aihh nak taip panjang-panjang.

Korang sediakan dua biji carrot, blender, tin susu.

Potong dadu carrot dan masukkan ke dalam blender bersama-sama air dan 3 sudu gula.


Blend bahan-bahan tersebut sehingga hancur dan lumat.. heee

Masukkan semua bahan yang telah di blend ke dalam jag.
Sebelum buka tin susu tersebut, sila pastikan basuh terlebih dahulu bahagian atas tin tersebut sebagai langkah kebersihan. Selepas itu, tambahkan juga air mengikut kuantiti air yang dikehendaki. Kemudian kacau sehingga sebati.


Air carrot susu sudah siap. Mahu lebih kenikmatan ketika minum, sila tambah beberapa ice cube.



See, senangkan nak buat air carrot susu nih. Tak payah membazir duit sehinggit nak pi beli kat luar.

Have a Good Try Guys!


Sincerely;
Tiera Alway
*XOXO*

0 pendapat: