CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 25 Ogos 2014

Why me choose agriculture science as my first choice list?

*Ehem-ehem, betulkan suara bagi merdu sikit*

Assalamualaikum,

Nama glamor saya tiera alway. Saya berasal dari perak dan merupakan student Bachelor Agriculture Science, Universiti Putra Malaysia. Bulan 9 ni In Shaa Allah saya akan memulakan semester ketiga tahun kedua.

Ok, itu sahaja salam perkenalan dari saya.

Heeee


*********

Sudah hampir dua tahun jugak lah aku berkecimpung dalam dunia sains pertanian ni. Setahun time asasi UPM, setahun degree. So, selepas tolak, tambah, darab dan bahagi, lebih kurang 3 tahun lagi aku akan menghabiskan masa belajar aku dalam dunia pertanian. Yang itu belum campur dalam dunia pekerjaan.

"Amacam pertanian? Best tak? Macam mana kau budak sains tulen yang ambik biology time sekolah boleh terdesak nak ambil subjek pertanian?"


Haaaa.. mesti soalan ni yang aku selalu jugak lah dengar orang tanya kalau depa dok dengar orang ambik pertanian. Bagi depa, pertanian nih adalah satu kos yang tersangat-sangatlah low dimata umum. Tak kisah lah orang tuh bekerjaya ke, tak ke, semuanya akan dok fikir sampai neuron depa bercambah.


Hello.. excuse me ok. Meh sini, buka mata korang besar-besar nah. Please lah, dont judge anything based on their name without you explore it first. Same with human right? Dont say anything about someone, If you dont know them. Thats not fair ok!

Time isi upu dulu after SPM, asasi sains pertanian merupakan first choice aku, dan alhamdulillah dapat. Untuk degree pulak, bachelor sains pertanian juga merupakan first choice aku, dan alhamdulillah dapat.

So, aku rasa, aku tak menyesal kot belajar bidang ni sebab bidang nih sumpah susah giloss.. subjek biology memang tersangatlah tough dan bidang ini jugak memerlukan daya ingatan yang kuat untuk mengahafal segala bagai nama saintifik pokok, rumpai, insects dan sebagainya lah. Time asasi dulu, macam biasa ja lah macam budak asasi sains tulen juga. Belajar subjek pertanian pun sipi-sipi ja, tapi bila time degree nih, bapak aihh susah wo gua cakap sama lu.

Kalau doktor perubatan depa interact with human right? Tapi bagi kami agriculturist ni must interact with living things yang langsung tak boleh cakap. Depa hanya boleh bagi response ja.

Yup, aku admit juga lah yang bidang sains pertanian ni ntah apa orang kata? pemess? Tapi aku tak tahu la kalau korang tahu ke tidak bidang pertanian ni dengan oversea tersangat-sangat lah femess.. Gaji orang yang bekerja dalam bidang pertanian pun bapak aihh.. tinggi siot.. hahah.. *tetiba jadi mr crab yang mata duitan*

Sumpah aku tak tipu. Kalau lu tak percaya sama gua, pi sana aihh tanya mr goggle sana tuh.


Selepas apa yang aku perdebatkan segala bagai di atas, bukan bermakna aku ingin mendabik dada untuk mengatakan kos aku nih hebat segala bagai. Tapi aku nak bagi korang buka mata, supaya tidak berfikiran "KOLOT". Semua bidang, semuannya membawa pelbagai manfaat dan jika kita menggunakan sebaik mungkin bidang tersebut bukan sahaja bagi manfaat pada kita seorang ja, tapi untuk semua.

Oppss..sebelum tu, lecturer kawan aku telah mengatakan bahawa :

Agriculture is mother of all science. So, we must proud with agriculture science.

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

0 pendapat: