CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 30 September 2014

Tofu mask Cathydoll

psttt.. korang pernah dengar tak cathydoll punya produk? Apa yang iolls tau produk nih made in korea..

Harituh, iolls pi lah order tofu mask cathydoll nih, sebab ramai orang bagi feedback yang benda nih wangi + Ok.. so, apa lagi, haku pon try lah cecepat.. Pantang tau dalam hidup haku melambatkan untuk mencuba sesuatu baru..

So, genap hari nih, 7 hari aku pakai tofu mask. Yuppp! Apa yang korang dengar dan baca perihal gosip tentang tofu mask nih hampir 80% ia adalah benar.. Seriously benda nih wangi gilosss.. Rasa nak telan ja benda alah nih.. Geram aisshh.. Bau macam puding..

Apa pula effect dekat kulit muka aku nih? Haaaa.. muka aku nih kan jenis yang berminyak, so lepas aku pakai benda nih muka aku agak berminyak lah.. Bila aku baca balik dia punya khasiat, memang nak bagi kulit muka kita moist2 gitueww.. Nak dipendekkan cerita, muka kita jadi lembap plus beroily sikit lah. Overall, bab yang putihkan muka tuh aku tak tau. Rasa macam tak ja.. ahahah..

Tapiiiii.. not bad lah guna tofu mask nih.. Apa lagi hakak-hakak sekalian, come lets try tofu mask nih...

Nih lah Tofu mask tuh..


Bestt nokss..

p/s : feedback nih based on my skin hokee!! maybe orang lain punya feedback more better than me kannn..

Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

Jumaat, 19 September 2014

Pineng Power Bank!!

Hye3!!

Dulu aku  selalu jugak lah dok pertikaikan awat lah depa semua nih pakai power bank? membazir ja.. Zaman tuh time bateri aku sihat wal afiat lah.. Tapi sejak kebelakangan nih, bateri handphone iolls nih macam ape ntah.. benci i.. sikit-sikit keluar gambar love.. tak suka tau..

So, sebulan kebelakangan ini*betui ka ayat aku nih?* aku pun pi ushar-ushar insta shop yang jual power bank. Kalau boleh biarlah benda tuh boleh tahan lama kan? Selepas diteliti dengan baik, aku pun berminat lah dengan power bank pineng nih. Uolls semua pernah dengar tak?

Aku dengar cerita power bank ni bagus. Selepas aku jumpa fb seorang budak UPM ni yang menjual power bank pineng dengan harga yang agak murah, so aku pon mulalah whatsapp beliau bertanya itu ini tentang power bank pineng nih. Beliau kata power bank yang beliau jual original. No fake hokee! And then, iolls tanya lah dapat warranty card tak? Beliau cakap tak ada, tapi beliau akan bagi resit. So, anything problem in the future, just show your reciept. Aku pun macam berbelah bahagi lah pulak. Awat cakap ada warranty for 1 year, tapi tak dak warranty card. haa.. iolls pon pi lah tanya mr google. Ok!, results yang iolls observe memang power bank pineng nih tak ada warranty card pon? is it me right? kegusaran di hati iolls nih pon menurun lah sedikit even bukan 100% pon.

Selepas difikir, difikir dan difikir, aku pun belilah power bank pineng 15000 mAh dengan harga RM 76. So.. apa feedback selepas beberapa hari iolls guna?


Feedback nya adalah???

*******

Ok! power bank tuh memang ori. Aku dah check siri number dekat website pineng. Andddd, power bank tuh boleh charge handphone aku sebanyak 4 kali. Yang tuh pun sebab aku dok main handphone time charge. Kalau tak, maybe boleh 5-6 kali kot. kelemahan power bank nih pulak? Power bank ini bagi iolls berat jugal lah. Agak susah untuk mengusungnya ke kelas bersama-sama buku. Tapi it's just a small matter babe! Demi handphone ku yang tersayang, aku gigihkan jugak lah bawak power bank nih kemana sahaja ku belari.. Ceewahh!



Rabu, 3 September 2014

Bihun Sup Bujang Nokss..

Aku tak tahu lah, sejak aku menganggur selama 2 minggu sebelum mulanya sem 3 nih aku asyik nak try masak-masak ja. Tapilah, aku rasa maybe disebabkan atas beberapa faktor yang tertentu. Pertama bosan, kedua bosan dan akhir sekali aku bosan. Seriously, aku tak tahu dah nak buat apa. Novel semua aku dah baca dan sampaikan lecture slide untuk sem depan pon aku dah siap print. Tinggal baca dan study ja.


Bak kata akim AF berapa entah "Aku bosan dengan katamu" .. ahaha.. Jangan marah ya akim... Nanti kena jual. Heee

So, dibalikkan kepada main point yang asal, pagi tadi dengan gigihnya aku pergi buat bihun sup. "Hang tak betul ka pi makan bihun sup pagi-pagi buta?". Ishh, peduli apa hakuu, suka hati lah.. hohoho

Bagi aku, ini buat kali pertamanya aku masak sup. heeee.. sebelum nih masak biasa-biasa ja. So, semalam aku gigih lah pergi survey-survey cara nak masak sup yang tersangatlah mudah bagi aku.

Caranya adalah :

  1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, dan halia. 
  2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tersebut sehingga naik bau. Macam mana bau nya? Haaa, korang rasa nak bersin tuh, kiranya benda tuh dah ok lah. heee
  3. Masukkan kayu manis.
  4. Masukkan 6 cawan air kedalam periuk.
  5. Masukkan sup bunjut. Aku tibai dalam peti ais ja, jenama adabi kot.
  6. Selepas itu, suka hati korang lah nak letak sayur apa pun.
  7. Akhir sekali aku masukkan garam ikut tekak aku.
*Kuantiti pandai-pandailah nak agak.

Bihun :

Aku celur dalam air panas. Kalau korang rasa bihun tuh dah lembik-lembik buang air tuh.

Sambal kicap :

Aku letak cili padi berapa banyak entah. Selepas tuh, aku masukkan jugak cili besar, bawang putih, kicap dan gula. Then, aku blend.


Selepas aku set time, Lebih kurang satu jam lah proses untuk siapkan semua benda tuh. Uolls semua patut try nahhh

*Gambar tak ada sebab aku dah tibai dulu. Tak tahan nokkss iolls tengok bihun sup tuh*


Have A Good Try


Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*