CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 3 September 2014

Bihun Sup Bujang Nokss..

Aku tak tahu lah, sejak aku menganggur selama 2 minggu sebelum mulanya sem 3 nih aku asyik nak try masak-masak ja. Tapilah, aku rasa maybe disebabkan atas beberapa faktor yang tertentu. Pertama bosan, kedua bosan dan akhir sekali aku bosan. Seriously, aku tak tahu dah nak buat apa. Novel semua aku dah baca dan sampaikan lecture slide untuk sem depan pon aku dah siap print. Tinggal baca dan study ja.


Bak kata akim AF berapa entah "Aku bosan dengan katamu" .. ahaha.. Jangan marah ya akim... Nanti kena jual. Heee

So, dibalikkan kepada main point yang asal, pagi tadi dengan gigihnya aku pergi buat bihun sup. "Hang tak betul ka pi makan bihun sup pagi-pagi buta?". Ishh, peduli apa hakuu, suka hati lah.. hohoho

Bagi aku, ini buat kali pertamanya aku masak sup. heeee.. sebelum nih masak biasa-biasa ja. So, semalam aku gigih lah pergi survey-survey cara nak masak sup yang tersangatlah mudah bagi aku.

Caranya adalah :

  1. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, dan halia. 
  2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tersebut sehingga naik bau. Macam mana bau nya? Haaa, korang rasa nak bersin tuh, kiranya benda tuh dah ok lah. heee
  3. Masukkan kayu manis.
  4. Masukkan 6 cawan air kedalam periuk.
  5. Masukkan sup bunjut. Aku tibai dalam peti ais ja, jenama adabi kot.
  6. Selepas itu, suka hati korang lah nak letak sayur apa pun.
  7. Akhir sekali aku masukkan garam ikut tekak aku.
*Kuantiti pandai-pandailah nak agak.

Bihun :

Aku celur dalam air panas. Kalau korang rasa bihun tuh dah lembik-lembik buang air tuh.

Sambal kicap :

Aku letak cili padi berapa banyak entah. Selepas tuh, aku masukkan jugak cili besar, bawang putih, kicap dan gula. Then, aku blend.


Selepas aku set time, Lebih kurang satu jam lah proses untuk siapkan semua benda tuh. Uolls semua patut try nahhh

*Gambar tak ada sebab aku dah tibai dulu. Tak tahan nokkss iolls tengok bihun sup tuh*


Have A Good Try


Sincerely :
Tiera Alway
*XOXO*

0 pendapat: